Assalammualaikum.....

Seperti yang dijanjikan sebelum ini PokCik akan membuat entry berkenaan penghasilan majalah sekolah berdasarkan pengalama pertama PokCik dalam pembikinan awal hingga diterbitkan Majalah Sekolah PokCik.

Pekara pertama yang kita mesti lakukan apabila ingin menghasilkan sebuah majalah sekolah ini adalah Kita harus mempunyai hati yang kuat dan pengorbanan masa yang cukup banyak. Minat memang kena ada.kalau tak ada minat memang tidak akan mempunyai hati yang kuat. dan yang paling penting adalah kena ada seorang mentor yang mempuyai pengalaman dalam pembinaan majalah ini. macam PokCik mentor pokCIk adalah dari Sekolah yang menjuarai pertandingan membuat majalah.

Untuk mendapatkan idea dan reka bentuk majalah ini bukan susah mana pun...Cuma kena banyak mengkaji dan melihat hasil-hasil majalah sekolah lain dan juga majalah-majalah yang terdapat dipsan. Kena bentukkan dulu konsep majalah yang kita inginkan. Majalah PokCIk ini diadaptasikan berdasarkan majalah sekolah yang pernah menang pertandingan membuat majalah sekolah. PokCIk tiru dari segi konsep dan susun atur gambar.(Maklumlah budak baru belajar)..

Jika ingin membina majalah dengan cara mudah beberapa kemahiran asas penggunaan software kena lah ada antaranya :

  1. Adobe Photoshop atau yang seangkatan dengan nya. Ini bagi mengedit gambar. ( Khasnya gambar kelas dan gambar-gambar yang melibatkan kekuatan sesebuah majalah.
  2. Adobe Illustrator atau yang seangkatan dengannya. Tujuannya adalah supaya vector@kerawang@garisan macam border yang menggunakan format ai dapat digunakan didalam photoshop. ini penting dalam pembuatan kerawang diside bar dan sebagainya.
  3. Adobe Indesign. Ini lah perisian yang paling penting didalam penghasilan majalah secara mudah. Ada asas dah cukup untuk menghasilkan majalah sekolah yang beratus muka surat tu. Perisian ini yang digunakan untuk membentuk sebuah majalah sekolah.


Dalam menghasilkan majalah sekolah PokCik, PokCik banyak sesangat menyedok idea dan konsep dari majalah lain dan internet. Untuk mencantikkan gambar dan menerangkan gambar atau membuat kerawang atau mencari PSD  atau mencari apa-apa bahan dalam penghasilan majalah ini semua PokCIk download secara percuma dari internet.

PokCik menggunakan Adobe Photoshop CS 6( editing gambar ), Adobe Illustrator CS 6 ( kerawang dan border ) dan Adobe Indesign CC ( Penghasilan majalah utama).

Jika inginkan majalah yang cantik gambarnya dan tidak pecah semasa printing kita haruslah memastikan semua gambar berkualiti 300dpi. Termasuklah dengan background dan kerewang yang dijadikan gambar pegun.

Dah ada semua ini maka benda yang awal sekali harus dibuat adalah mengumpul segala bahan yang akan ada didalam majalah sekolah itu kelak. Buat satu folder khas untuk majalah sahaja...didalam folder itu letak semua bahan dan juga apa-apa sahaja yang berkaiatan dengan majalah yang bakal dibina. Jangan diasingkan. Ini supaya bahan yang dibina tidak hilang didalam tapak Indesign kelak. Contohnya macam gambar dibawah :

Create Folder khas majalah :

Asas untuk menghasilkan sebuah majalah sekolah
Folder khas majalah


Dalam folder majalah asingkan lagi folder mengikut kesesuaian. Tips mudah adalah, asingkan setiap bahagian mengikut kegunaannya. Contohnya bahan gambar aktiviti satu folder, bahan gambar staf dan cikgu cikgu satu folder, bahan untuk border or background satu folder dan sebagainya mengikut kesesuaiannya.

Asas untuk menghasilkan sebuah majalah sekolah
Semua bahan majalah dalam satu folder khas

Mula-mula memang pening, tapi lepas melalui segala kesusahan kerja akan menjadi mudah. yang penting hati kena kuat yer...Try buat dulu...Esok lusa PokCik masuk pulak bab ke 2 dalam penghasilan sebuah majalah sekolah.

PokCik tunjukkan Hasil editing menggunakan Adobe Photoshop yang telah pokCIk buat :

Selepas :
Panduan Menerbitkan Majalah Sekolah
Gambar sudah diedit dengan cara mudah

Sebelum
Panduan Menerbitkan Majalah Sekolah
Gambar Asal tanpa editing

Backgroud belakang pokcik download dari internet. PokCik Potong gambar dan gabungkan backgroud dengan gambar yang poKCik ada. Backgroud dibelakang tu adalah gabungan dari 3 jenis PSD yang didownload dari internet. tulisan pun download dari internet. Ini contoh ajer...dientry akan datang POkCik akan tunjukan macam mana nak hasilkannya. Dari backgroung ini maka 7 gambar pasukan elit dapat disiap dalam masa 15 minit ajer. Yang backgroud tu ambil masa 5 hari (hehehe budak baru belajar, belasah ajer)...

Ok nantikan bab ke 2 dalam menghasilkan sebuah majalah sekolah.

P/S : Maaf kualiti tulisan memang tidak memuaskan. pokCIk lebih suka menulis/menaip apa yang terlintas secara spontan dalam kepala pokCIk.

Bahagian Kedua : Klik Sini
Assalammualaikum dn salam sejahtera....
Lama benar rasanya tak update blog PokCIk ini kan.....

PokCIk memang tak ada masa dan tak ada idea sangat nak tulis apa kat sini disebabkan kerja yang terlalu banyak dan bertimbun-timbun datang tak henti....

Tapi sebab yang paling utama adalah sebab membuat/menghasilkan Majalah kali pertama dalam sejarah hidup PokCik...
dari bulan ogos sehingga bulan ini hati dan jiwa tidak tenang mengenangkan Majalah yang pertama PokCik hasilkan ini....dan hari ini dalam sejarah ianya telah siap.....keresahan.kekecewaan,kebegangan, dan kerisauan selama 4 bulan lebih ini akhirnya berakhir juga....Boleh lah PokCik tumpukan pada kerja-kerja lain pula lepas ini...

Walaupun hasilnya tidak lah beberapa baik dan bagus tapi ianya merupakan satu pengalaman yang cukup berharga buat PokCik.....

PokCik akan mewujudkan satu entry khas bagi menunjukkan bagimana membuat/menghasilkan majalah sekolah dari step 1 hingga ke step akhir...So kena tunggu la yer...Tujuannya dalah sebagai nota buat PokCIk jika terpaksa membuat majalah ini lagi....PokCik cakap torang-torang, PokCik buek majalah ini sebabnya Terpaksa dengan rela....

Whatever semuanya dah selesai...majalah sebenar dah siap....walaupun ada ejaan dan bahagian yang salah dan kurang memuaskan....

Untuk entry awal tahun ini PokCik tunjukkan muka depan dan belakang majalah sekolah PokCik.....

cover majalah sekolah, indesign majalah sekolah, tutorial membuat majalah sekolah
Cover depan dan belakang majalah sekolah PokCIk...PANCAR




" Sharing Is Caring "
Buku Panduan Pengurusan ICT di Sekolah


KREDIT : Ikhsan dari Pihak BTPNKL
" Sharing Is Caring "
Surat Permohonan Sumbangan Pembelian Barangan Makmal Komputer