SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.

Sedap sajak A. Samad Said

Murid sekarang..

YaAllah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jangan hilang pertimbangan..
Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dalam saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut

Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

P/S;Belajar-belajarlah terima hakikat.....

1 comments:

Anonymous said...

sajak yang sungguh bermakna.