Showing posts with label Membebel. Show all posts
Showing posts with label Membebel. Show all posts
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Tetiba nak update blog pokcik ini.
Pokcik nak sharekan satu pengalaman yang amat berharga...

Pernah tak ada pengalaman kereta terkunci di dari dalam...tak kisahlah apa sebabnya janji kunci didalam kereta tapi pintu terkunci dari dalam....

Jika jenis kereta model lama memang agak senang nak dibuka....paling popular jolok guna pembaris atau dawai ikut cermin...cara kedua terpopular bukak bonet depan ikut bawah kereta kemudian cabut dan pasang kabel dengan bateri..

Tetapi untuk model baru memang susah....
Nak dijadikan cerita hari ini terjadilah sebuah toyota vios terkunci dari dalam....
Maka ramailah yang menggunakan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengatasi masalah kereta sahabat ini..

Idea pertama...pembaris dan dawai...gagal kerana memang agak mustahil jika tak tahu cara yang betul....
Idea kedua.....buka bonet depan...bonet terbuka tapi cabut dan pasang kabel plug lansung tak beri kesan pada lock pintu....tinggi betul tahap keselamatan kereta vios ini....
Idea ketiga...umpil kunci pintu..tak berani buat....then telepon orang toyota...maklumat yang diterima adalah....hanya ada 2 cara saja buka tanpa kunci...pecah cermin atau guna cara sendal sendal guna kain atau plastik (pokcik tak berapa paham nak jelaskan) tapi cara ini pun agak susah.....so pikir cara lain....

Dengan kehendak Allah maka terjadi satu keajiban.....tanpa perlu pecah atau godek2 kunci pintu....maka pintu dapat dibuka tanpa sebarang kecacatan pada kereta...

Kereta model vios agak tinggi jugak tahap keselamatannya...tapi ada satu kelemahan yang boleh digunakan untuk buka kereta tanpa cacat cela....cuma memerlukan kesabaran untuk lakukannya.....semua orang boleh buat....

Cuba teka bahagian mana yang boleh dibuka untuk membuka pintu vios yang terkunci dari dalam......bahagian ini memang tak ada skru dan hanya dilock biasa sahaja....


Pokcik cuma boleh bagi hint kawasan yang boleh dibuka ada dibahagian belakang...

Yang paling penting Toyota Vios Ini tahap keselamatannya memang agak baik sebab memang payah nak buka bila terkunci dari dalam..kami ambil masa 3 jam lebih untuk cari penyelesaiannya....1 jam untuk buka dan menutup bahagian lemah ini tanpa kecacatan pada kereta vios ini.



Assalammualikum.....
Salam Sejahtera......Salam 1 Malaysia.....
Rasanya masih belum terlabat untuk PokCik mengucapkan Selamat Menempuh Tahun 2015....
Seperti yang semua tahun 2014 telah berlalu dengan pelbagai dugaan dan cabaran pada rakyat Malaysia....Begitulah dengan PokCik sendiri....Pelbagai rintangan dan cabaran yang telah memberikan PokCik pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna untuk meneruskan kehidupan dengan izin daripada NYA yang Maha Kuasa.....Alhamdulilah.....

PokCik tak mahu bercerita tentang semua isu yang telah berlaku disepanjang tahun 2014 kerana semua dah tahu......
Yang pastinya adalah satu.....setiap Yang Berlaku ada Hikmahnya.....Ada Sebabnya.....semuanya adalah untuk kita sedari bahawa betapa kerdilnya kita sebagai insan di muka bumi ini.....

Blog ini pun tahun lepas tak banyak diupdate....semuanya kerana kekurangan dan kelemahan dari diri PokCik sendiri.....

tahun 2015 ini Pokcik boleh melepaskan nafas lega kerana rasanya tanggungjawab PokCik agak kurang dan boleh menumpukan pada tugasan hakiki sahaja......Alhamdulilah.....

Walau apa pun PokCik amat berharap pada tahun ini PokCik dapat memperbaiki segala kelemahan dan kesalahan yang pernah pokcik lakukan pada tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya....

Selamat Menempuh Tahun 2015.......
Semoga Allah mempermudahkan segalanya pada tahun 2015 ini dan pada tahun-tahun akan datang....
Ya Allah sesungguhnya padaMu aku sembah dan Hanya PadaMu aku berserah....

2015, pendidikan, Dunia Pendidikan, luahanku
Amin ya obbal Al lamin.....
Topik yang hangat......


Lihat kanan...lihat kiri....lihat belakang....lihat depan......kita akan nampak kebenarannya akan pekara ini.....

PokCIk sendiri pernah bercakap akan isu pekerjaan ini dengan beberapa rakan bukan warga negara....Mereka menyatakan Malaysia Syurga Duit sebab peluang banyak disini dan mudah nak dapatkan wang.....Cuma perlu usaha dan rajin sahaja....bayangkan lah.....

Kisah benar seorang tukang sapu......Di Malaysia dia tukang sapu....Di indonesia dia mempunyai rumah banglo....kereta 3 biji...ada perniagaan sendiri...anak-anaknya belajar di luar negara.....PokCIk tanya...kenapa tak balik sana....kan dah senang.....Satu ayat ajer dia......Malaysia syurga duit....janji rajin usaha kita dapat...yang penting Malaysia mengajarnya erti kesyukuran kepada yang Maha Esa.....dan dia mengiyakan satu pekara.....Rakyat Malaysia ramai yang suka memilih....tapi bab yang tak memilih adalah bab berbelanja.....ini adalah peluang.......

Wallahhualam.......

p/s: lama tak berbloging....sebabnya....nantilah POkCik Cerita.....

Statusnya dilaman sosial

Apabila dia memberi komen
Apa cerita ni bro...
Jangan hipokrit la....
Status tak serupa komen la...

Betul-betul buat malu la....
Al-quran dan dalam sunnah tak ajar benda ini pun....
Kerja tahap profesional...gaji beribu...status penuh ngan nilai islam....tak kan benda mudah tak leh pikir...

Inilah situasi sebenar dunia laman sosial sekarang...menjadi arena mengenal manusia yang hipokrit...bertopengkan agama...bermulut gah...hakikatnya....kita sendiri yang tahu....




Apa dah jadi ni..
Apa yang bocor lagi ni...
Tempat lain pulak tercabutnya..
Semak pale dah ni..
soalan Bocor,tiub bocor
Tang ni dah ok
Tang ni pulak tercabut..tang filter tu...


Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Sejak beberapa minggu ini salur minyak motor PokCik selalu tercabut...mula-mula ingat ada yang mencuri....namun bila ianya kerap sangat berlaku PokCik andaikan bahawa ianya memang masalah teknikal pada motor...

Mula-mula terjadi PokCik hantar kedai motor...pasang balik tiub minyak tu saja dah kena RM5.00..second kali Dan seterusnya kena PokCik buka Dan pasang sendiri..berpeluh buka Dan pasang semula. Benda bukan susah nak buat pun..

Yang peliknya setiap kali kena,minyaknya mesti penuh...bila minyak keluar mesti Tinggal sikit...sampai takuk merah...ruginya jangan cakap la..tak sampai sebulan banyak kali jadi,kiralah 5 kali..PokCik isi minyak biasanya RM 6...berapa dah kena....tak ke rugi....

So hari ini Pokcik nak buat eksperimen pasang klip di tiub minyak....nak tengok jadi lagi tak..juga eksperimen memasang lampu motor sendiri....
Cara, mudah, membaiki, kerosakan, pada, motor, sendiri,
Mentol dan klip Rm 3.50,spanar Rm 4.50
Aktiviti membuka set motor bermula dengan mudah

Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Set Yamaha ego mudah dibuka kerana hanya ada beberapa skru dan setnya berklip sahaja
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip
Tiub minyak 1 yang akan diletak klip

Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip
Tiub minyak ke 2 yang akan diletak klip

Update :
Bahagian dalam setelah dibuka cover set
Kedudukan klip yang nak dipasang












Kekurangan Bukan Alasan

Semua bergantung kepada diri kita sendiri......
Kisah 2 insan yang menjadi inspirasi diri ini.....

Kisahnya .....
Seorang cacat penglihatan manakala seorang lagi dilahirkan sebagai kerdil, tetapi kedua-duanya saling melengkapi apabila mengayuh basikal roda tiga sejauh 20 kilometer (km) setiap hari untuk mencari rezeki.
Kaedah digunakan mereka ialah si kerdil menjadi pengemudi manakala yang cacat penglihatan mengayuh serta menjaga brek basikal yang sudah diubah suai dengan roda tambahan. 
Walaupun pelik, itu rutin pasangan Mohamad Yusoff, 65, dan adik iparnya Hasnah Ngah, 56, untuk mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan mereka. 
Walaupun pernah beberapa kali terjatuh ke dalam parit, gara-gara arahan Hasnah yang gagal difahami Mohamad kedua-duanya tetap komited berniaga dan tidak menjadikan insiden itu sebagai halangan.
Ini kerana mereka yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) tidak mahu menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk terperuk di rumah dan mengharapkan bantuan semata-mata.
" Ya Allah....Aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada ku........ "



Sedap sajak A. Samad Said

Murid sekarang..

YaAllah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu..jangan hilang pertimbangan..
Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dalam saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut

Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

P/S;Belajar-belajarlah terima hakikat.....
Tak tahu nak cakap macam mana...
Exam sem ini menyeksakan...
dah lah susah..baca tak masuk kepala...
Markah assingment ciput jer...
Jadual Exam pulak ada 2 sesi..pagi petang...
Pergh..seksa menunggu ooooo.....
Pukul 10 nak tgu sampai pukul 2.30....
Nak baca?...apa pun tak masuk kepala beb...satu pun tak lekat..stail pokcik tak leh nak push last minit dalam bab membaca ni..kalau dalam bab mengedit boleh lah jugak....
Nak minum lepak kedai...
Lagi lah boring..dah sorang-sorang...membe semua exam sabtu...yang datang exam semua pokcik tak penah tengok...
Nak internet..dah muak dah...
Nak lepak masjid...
Dah macam tempat perkelahan dah...semak pale...
Kata putusnya..
Dok kat lorong bagunan exam tengok orang lalu lalang..
Buat entry ini....
What ever pokcik memang tak pandai berkawan sangat...
Pokcik dah kurang bercakap.......
Ada sebab yang pokcik ke paham..
Makin tua ini makin sensetif.....
Bila jadi macam ini hanya 2 pekara yang bermain difikiran...
Seksaan: menunggu...
Peluang : baca buku nak exam...
Kesimpulan : benar cakap orang-orang tua..tak guna baca last minit..tak masuk apa pun.....
Pening-pening
Selamat hari guru @ Happy Teacher Day ......
Apa yang kita ada sekarang ini bermula dari seorang Cikgu.....
Siapa sangka Manusia macam PokCik boleh jadi seorang Cikgu.......
Siapa duga PokCik yang dahulunya selalu di gelar "bodoh" kini mampu menjadi sebahagaian dari golongan Cikgu.....
Terima kasih Cikgu-Cikgu......
Terima Kasih Encik-encik dan Puan-puan yang mendidik PokCik.......
Dan Terima Kasih "ABAH" kerana menjadi Cikgu kepada PokCIk sehingga hari ini......tidak pernah jemu menunjuk dan mengajar PokCik akan erti Hidup ini......

Kini Menjadi Tanggungjawab PokCIk menyambung Tugas yang sungguh mencabar ini....
Kini PokCIk merasa susahnya CIkgu-Cikgu PokCik mendidik dengan kenakalan dan kedegilan yang dihadap selama betahun-tahun.......sehingga PokCIk tahu berfikir dan menjalani kehidupan sebagai insan yang tahu jalan yang lurus.......

selamat hari guru 2014, agenda guru malaysia, Guru malaysia, Puisi guru malaysia,.cabaran guru malaysia, warna-warna pendidikan, Happy Teacher Day

Buat teman-teman seperjuangan.....
Berjuanglah,berbaktilah dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.........
Jangan mengalah.....Jangan tumbang sehingga tiba waktunya....
Jangan mengeluh....Jangan Cepat melatah........
Perubahan kita terima dengan hati yang terbuka........
Sesungguhnya kita adalah sebahagian dari Pemula kepada seorang insan yang tidak tahu menahu.......
sesungguhnya kita adalah warna yang pertama akan mencorak sehelai kain putih......

Selamat hari Guru.........

Puisi khas dari PokCIkl buat teman-teman Seperjuangan.......

 Dia memang budak hingusan...
Dia memang budak nakal...
Dia memang budak otai....
Dia memang buta huruf ....
Namun dia boleh berubah....
Siapa tahu dia  bakal menjadi pemidato dunia....
Siapa tahu dia boleh berpangkat besar.....
Siapa tahu dia bakal berakhlak mulia....
Dia boleh berubah kerana seorang guru
Didiklah dengan penuh hikmah
Ajarlah sehingga dia pandai mengeja
Tunjukkanlah sehingga dia tahu menulis berita 
Sehingga mampu menjadi pahlawan perwira untuk Negara
Yang Punya cita-cita seribu agenda....

NAMUN semua itu hanya bermula
Dengan seorang PENDIDIK yang setia!

Dengan penuh Ikhlas dari pOkCIk....

# Selamat Hari Guru
# Happy Teacher Day
# 快乐教师节
# मुबारक शिक्षक दिवस
# سعيد عيد المعلم
# இனிய ஆசிரியர் தின
 # ਖੁਸ਼ੀ ਦਾ ਅਧਿਆਪਕ ਦਿਵਸ

Sekadar Perkongsian.....
Ini 2 tahun yang lepas....Tapi Kini?.........lagi teruk...Percayalah....PokCik ajer yang tak sanggup Nak paparkan.....
Percayalah....Kerana nila setitik Rosak susu sebelanga.......
Terimalah dengan hati dan fikiran yang terbuka......
Belum tentu ada benarnya.....Dan tidak boleh juga disangkalkan....
Tepuk dada tanya hati......
yang Penting Jalankan tanggungjawab kita mengikut Peraturan dan Lunas undang-undang....
yang Penting Berkhidmatlah demi Agama, bangsa dan Negara.......

ipoh bergegar kali ini..
dulu kes lain sekarang kes lain..
kali ini lagi besar lah..
bagi pokcik benda ni dah lama jadi..
semua orang tahu...namun buat tak tahu..
ini lah masalah orang sekarang..
what ever bacalah sendiri dimastika..

fikir-fikirlah..pembangunan penting..namun bagaimana dengan kehancuran yang disebabkan pembagunan
mungkin dimasa hadapan bukit pun dah tak ada...silap-silap gunung pun boleh gondol..
...gambar ini disnap semasa perjalanan pulang dari ipoh ke kl.
bila lihat pembangunan ini teringat anak didik pokcik sekarang.
Inilah time kebosanan melanda..mendengar dan meratapi benda yang kita sendiri tahu...kebiasaanny ia menjadi satu platfrom meluah perasaan big bos and the leader2 nya..but that ok..cuma ianya tak leh digelar inhouse..ianya sepatutnya digelar outhouse..kerana ianya lebih merupakan sesi meluahkan hati big boss.yang lain wjib dengar walaupun ianya benda sama yang the army lakukan hari hari.....
Pokcik macam biasalah..masuk lewat keluar awal....jika beri info berguna..tak apa la jugak .namun ianya lebih kepada pekara yang kita lebih tahu..bagi pokcik ini outhouse bukan inhouse..
What ever layankan jer..
Marahlah macam mana sekali pun..dia tetap seorang budak...
Denda lah,pukul lah,rotan lah walau macam mana oun dia tetap seorang budak..
Pulaukan lah,buat tak tahu lah..dia tetap seorang budak..
Menjadi tanggungjawab kita mendidik dan mengajar mereka tetang hakikat bagaimana menghadapi hidup ini...
Namun ingatlah dia tetap seorang budak yang sentiasa belajar dari setiap perbuatan dan cara kita. Dia tetap akan menilai setiap apa yang kita cakap dengan setiap perbuatan kita..
Ini kerana dia tetap seorang budak..
Lama tak menulis di sini..poKcik sibuk dengan kerja yang menimbun..sIapA caKap kerJa macAm poKcik senang..dah 1 lebiH poKcik tiDo lewaT..menyiapKan beberapa keroJa yang Orang cakaP mudah...baGi yang RAjin boLeh la cakaP senang..taPi bagI pokCik lain ceRitanya..whatever kerja tetap kerJa..ini pun Pokcik menaip gunaKan phone samsung ace Plus...whatever jikKa ada linE pokCik akan berceloteh lagi..banyak yang nak diceritakan..
Letak gambar bontot kete yg kene sindol..berbulu ajer..