Seperti kita semua maklum bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah membuat pengumuman mengenai perangkaan semula Bajet 2016 berdasarkan kedudukan kewangan semasa negara.Antara Intipati keseluruhan Pengubahsuaian Bajet 2016 dalam Belanjawan Negara. Pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 telad dibentangkan secara langsung di  PICC Putrajaya bermula pada jam 12.00 tengah hari sehingga jam 1.00 petang Khamis 28 Januari 2016.

Berikut adalah isi penting pengubahsuaian Bajet 2016.

Pengubahsuaian Bajet 2016 lebih berpaksi kepada 2 tunjang iaitu memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan menjaga, memelihara kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat. Terdapat 11 isi penting pengubahsuaian dan penstrukturan semula bajet 2016

  • Pertama: Kerajaan setuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Disember 2017. Walaubagaimanapun, caruman majikan kekal.
  • Kedua: Kerajaan akan beri pelepasan khas cukai sebanyak RM2k kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8k/bulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015
  • Ketiga: Bagi kurangkan kos keperluan harian, Kerajaan akan liberalisasikn AP bagi produk pertanian terpilih termasuk biji kopi mentah dan daging.
  • Ke-4: Berkuat-kuasa serta merta ke atas projek baru, smua penjualan rumah berharga hingga RM300k  terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
  • Ke-5: Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan.
  • Ke-6: Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders
  • Ke-7 : Kerajaan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing, kadar levi diklusterkan kepada 2 kategori, tidak termasuk pembantu rumah asing. Kerajaan laksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI, beri peluang kepada PATI yang bekerja secara haram diberi permit kerja yang sah.
  • Ke-8: Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran.
  • Ke-9: Perbelanjaan pembangunan akan fokus kepada projek dan program mendahulukan rakyat, mmpunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.
  • Ke 10: Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik Kerajaan akan tambah dana RM6 bilion dalam sediakn pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan
  • Ke 11: Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU Pihak GLC disaran agar laksana inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, akan dipantau EPU
Penambahbaikan Pengubahsuaian Bajet 2016
  1. Pelancong dari China tidak perlu visa untuk ke Malaysia bermula 1 Mac-31 Disember 2016, tertakluk syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tidak lebih 15 hari.
  2. Kerajaan juga teruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016, seperti yang dijanjikan dalam bajet 2016
  3. Biasiswa Pendidikan Tajaan JPA Diteruskan: Seperti Biasiswa JPA, Program Biasiswa Nasional, Program Bursary pelajar cemerlang, Program Biasiswa Kejuteraan di Jepun, korea, German, Rusia dan Program Biasiswa MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputra dan Skim Latihan Akademik IPTA tetap diteruskan.
  4. Peruntukan PTPTN sebanyak RM5 Bilion diteruskan kepada Mahasiswa yang melanjutkan pengajian di IPTA/ IPTS.
Bajet 2016



Disini disediakan perkongsian 100 soalan Dunia Sains Dan Teknologi tahun 1 untuk dijadikan sebagai latih tubi kepada anak-anak. Soalan ini diperolehi hasil dari perkongsian guru-guru.





Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Projek kali pertama bersama murid tahun 4. Setelah bertahun meninggalkan p&p ditahap 2, kini kena ajar pulak...selama ini pokcik asyik bising sebab p&p bersama tahap 1 hanya 1 jam seminggu....tak cukup masa....kali ini tahap 2 pulak....lagi mencabar.....kena buat projek untuk nemperkukuhkan kefahaman budak terhadap p&p disamping menimbulkan minat yang mendalam terhadap subjek sains....

Projek pertama PokCik adalah Projek Paru Paru Manusia.....
Hasil Kerja Pokcik

Hasil kerja murid dalam masa 1 jam..






Aktiviti yang dilaksanakan







Projek hari ini tak sempat nak dibentangkan kerana kesuntukkan masa.  minggu depan baru pembentangan.
Disini Pokcik kongsikan beberapa tips bagi membantu kanak-kanak@murid yang mempunyai masalah lambat menulis,pelat,lambat bercakap,tulisan buruk dan hyperaktif.






Masalah pembelajaran,anak kita,ibubapa,

Biarlah gambar berbicara...
Murid ini berumur 11 tahun...
Boleh menulis tapi merangkak membaca...
PokCik menunggu hingga 1 jam....tapi tak siap siap..kerja dari semalam....hari ini dipaksa meniru oleh PokCik minta siapkan juga....sebab nak bagi adil pada semua orang yang lain....
Ini buat depan mata Pokcik......berbuih mulut minta cepat....tapi setakat gambar diatas saja dia mampu....
Serba salah.....tertekan.....Cikgu BM nya pun tak boleh buat apa....nak buat extra kelas....masalah pengangkutan....entah lah....tawakal sahaja.....
Ini baru salin nota sains yang ringkas....bayangkanlah jika bagi latihan atau ujian.....
Selamatkan lah anak-anak kita....jangan asyik sibuk anak orang lain dan masalah orang lain......
Stay strong.....demi anak sendiri dan anak bangsaku....
Har ini PokCik Try buat FlipBook..
Nah Hasilnya...

Masalah flip book menggunakan akaun blogger adalah ia lambat untuk loading kali pertama semasa membuka halaman flip blog ini. Next time kita cuba pulak guna third party server pulak.

Kedua-dua flip yang ditunjukkan adalah merupakan hasil kerja pokcik didalam membuat Photobook dan majalah sekolah 2014

Anda hadapi masalah Error Application (0x0xc000005) pada window 7.
Apabila hadapi masalah ini semua aplication tak boleh dibuka dan akan mengeluarkan massage yang tertera pada gambar diatas.
Komputer Pokcik pun hadapi masalah yang sama. Setelah bertanya kepada mr google masalah diatas dapat diselesaikan. Dan disini PokCik akan berkongsikan cara untuk mengatasinya.

Langkah-langkah :

1. Wajib matikan/offkan window update secara automatik.


2. Pergi ke update history


3. Klik kanan dan uninstall semua update terbaru anda. Kemudian restart komputer anda. Insyaallah komputer anda akan kembali normal seperti sediakala.



Gegar vaganza


Gegar Vaganza musim ke 2 muncul kembali. Satu rancangan realiti yang ditunggu tunggu. Rancangan yang di pengacarakan oleh pelawak negara Nabil Ahmad dan jihan muse.

Senarai perserta tahun 2015 ini adalah :

  1. Zul Handy Black
  2. Acong Sweetchild
  3. Nizam Laksamana
  4. Amir U’kays
  5. Ezad Lazim (Exist)
  6. Nassier Wahab
  7. Ezlynn
  8. Faradhiya
  9. Siti Nordiana 
  10. Haiza
  11. Sheeda
  12. Azian Mazwan Safwan
Penajanya seperti biasa adalah Vida Beauty Qu Puteh...ku putih ku putih barulah putih...hahahaha....

Jurinya seperti biasa jugak Dato Ramli Ms dan Dato Khadijah
Jerebu.....
Sekarang musim jerebu pula...dah 2 kali tahu ini......
mula-mula musim panas.....air tak ada
kemudia musim hujan....air berlebihan sampai banjir...
kemudian musim jerebu...tak boleh bernafas.....
kemudian cuaca baik pula.....tapi air pula kurang walaupun ada hujan....
sekarang musim jerebu datang menyerang lagi.......lagi teruk rasanya...sampai sekolah terpaksa ditutup....
Kesian pada kanak-kanak,warga emas dan juga pengidap penyakit asma........hospital memang sentiasa penuh......Doktor,nurse kena kerja lebih masa....Terima kasih kepada mereka yang bertugas,,,,,tidak lupa juga kepada pihak yang berusaha membuat hujan tiruan....

PokCIk nak kongsikan sikit tips-tips semasa jerebu ini....

sekolah tutup,cikgu cuti
sekolah tutup,cikgu cuti
sekolah tutup,cikgu cuti

Inilah kerja Pokcik setiap kali cuti.....
Sabtu or cuti sekolah mesti buat benda ini.....











Pokcik dah buat program ini sejak dari awal tahun lagi.....
Kesannya memang nampak la.....puas hati lah.....stamina dan cara berfikir pun dah banyak meningkat......
Biarpun sejarah 5 tahun lalu berulang pada tahun ini.....dibelasah teruk dalam kejohanan pertama.....8-0, 7-0.......tapi tak apalah pengalaman pertama bagi 80% ahli pasukan ini........

Hakikatnya.....latihan bola bukan senang walaupun budak dah main dikelab luar.....setakat 1 ke 2 orang yang pandai main tak bagi kesan pun pada yang lain.....semestinya keseluruhan pemain kena tahu basic dan asas bolaa sepak......pelbagai rintangan,cemuhan,kutukan dari orang lain didengari.....tapi buat pekak udah...hinggakan ada juga dikalangan komuniti sendiri menjadi duri dalam daging.......thats ok...semuanya demi minat tak apa.......

Bola adalah punca kemajuan segala sukan di tempat pokcik...

Dulu pendiam.....sekarang banyak cakap....
Dulu sepak meraban....sekarang banyak kemajuan......
Dulu lari tanpa haluan...kini tahu mana yang sepatutnya......
Inilah hasilnya apabila korbankan sikit masa demi mereka yang memerlukan.......

Aktiviti di awal percutian sekolah...
Ingat tak mahu buat....tapi kerana mereka pokcik layankan juga....

Murid tahun 6 lawan pasukan elite sekolah 2015/ 2016....

Keputusanya pasukan elite (7),pasukan tahun 6 (1)